.

Hai! Saya Dr Norzila Zakaria

Pakar Psikiatri Yang Membantu Pesakit Untuk Mencapai Kesejahteraan Mental.

Kenali Saya

Bagaimana Saya Terlibat dalam Industri Takaful?

Sebagai seorang pakar psikiatri, saya telah memerhatikan cabaran kewangan sangat berkait dengan kesihatan mental. Inilah yang mendorong saya untuk melihat lebih dekat ke dalam industri takaful. Saya percaya bahawa dengan menyediakan perlindungan yang sesuai, kita tidak hanya melindungi aset kewangan, tetapi juga memberikan ketenangan fikiran yang penting dalam menghadapi cabaran hidup.

Misi Saya

Misi saya adalah untuk membantu anda dan keluarga anda menjelajahi keindahan perlindungan takaful. Saya percaya bahawa setiap orang berhak untuk memiliki ketenangan fikiran dan kestabilan kewangan, terutamanya dalam menghadapi situasi yang mencabar. Sebagai pakar psikiatri dan Perunding Takaful, saya berusaha untuk menjadi penghubung antara kesejahteraan emosi dan perlindungan kewangan yang sesuai.

Mengapa Saya?

Dengan latar belakang sebagai seorang pakar psikiatri, saya memahami betapa pentingnya kesejahteraan holistik dan bagaimana perlindungan takaful dapat membantu meringankan beban emosi dan kewangan dalam situasi yang sukar. Saya berusaha untuk menjadi rakan perjalanan anda dalam mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan.

Apa Yang Saya Boleh Bantu Anda?

Perlindungan

Hibah Takaful

Hibah bermaksud hadiah. Dalam konteks hibah takaful, ia merupakan satu pemberian yang dibuat oleh peserta takaful secara sukarela dengan menghadiahkan faedah takaful kepada pihak ketiga (penerima hibah). 

Penerima hibah akan mendapat jaminan perlindungan apabila peserta takaful meninggal dunia, tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang termaktub di dalam sijil takaful

Kesihatan Mental

Terapi Nafas Doa

Nafas Doa adalah Kaedah Terapi Pernafasan untuk dapatkan Tenang & Fokus secara Instant. Ia adalah dalam bentuk koleksi rakaman video online.

Dalam terapi ini peserta akan mendapat bimbingan dalam bentuk video, kelas kefahaman dan ilmu kerohanian untuk memulihkan masalah depresi dan anxiety langkah demi langkah. 

Anda Ada
Masalah-Masalah Ni?

Semua Masalah Ini Berpotensi Memberikan Masalah Depressi & Anxiety

Atasinya Dengan

Kelebihan & ManFAAT

TAKAFUL HIBAH

Takaful adalah produk perlindungan kewangan, manakala hibah adalah proses untuk menghadiahkan pampasan takaful kepada waris yang anda pilih.

Jadi, Takaful Hibah merupakan cara yang sangat baik untuk memastikan keluarga anda dilindungi jika terjadi musibah seperti penyakit kritikal atau kematian. Anda hanya perlu membuat bayaran bulanan kepada syarikat takaful, dan sekiranya berlaku sesuatu yang dilindungi, syarikat takaful akan membayar pampasan kepada anda atau waris anda.

Contohnya, jika anda jatuh sakit dengan teruk, takaful hibah boleh membantu menampung kos perubatan anda. Sekiranya anda meninggal dunia, pampasan tersebut akan diberikan kepada keluarga anda, membantu mereka meneruskan kehidupan tanpa beban kewangan yang berat.

Apa yang menarik tentang takaful hibah ialah anda boleh memilih jumlah perlindungan dan bayaran bulanan yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan anda. Ini memberi anda dan keluarga anda ketenangan fikiran.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut atau berminat untuk mendaftar, saya bersedia untuk membantu anda.

Jangan teragak-agak untuk menghubungi saya. Terima kasih!

Hibah Sebelum Rebah

Kehidupan terjamin

Perlindungan Kewangan

Jaminan Keselamatan

Jaminan Masa Depan

Konsultasi Percuma

Saya berharap laman web ini dapat menjadi sumber maklumat yang berguna bagi anda dalam mencari pemahaman mengenai perlindungan takaful dan kesejahteraan holistik. 

Jika anda memerlukan nasihat atau ingin mendapatkan perlindungan takaful yang sesuai, jangan ragu untuk menghubungi saya. Saya berharap dapat menjadi rakan perjalanan anda dalam mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan.

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk melawat laman web saya!

Perlu Bantuan?